Cinta Dari Syurga...
Nizam dan Hanan merupakan pasangan yang sangat dikenali semasa di universiti. Mereka cukup dikenali oleh setiap pelajar mahupun pensyarah yang berada di universiti tersebut. Mereka berdua merupakan pasangan yang saling mencintai. Bagi Nizam, tiada wanita lain yang dapat menggantikan tempat Hanan di dalam lubuk hatinya. Hanya nama Hanan seorang sahaja yang telah tertulis di hatinya kini. Nizam begitu yakin bahawa Hanan lah jodoh yang telah tertulis untuknya. Rupa Hanan yang sangat cantik, pandai bergaya, mempunyai rambut hitam yang ikal mayang, berwajah manis serta berkulit gebu & bersifat lemah lembut pasti akan membuatkan semua hati terpikat padanya. Mereka telah bersama selama 3 tahun. Di dalam tempoh 3 tahun itu, telah banyak kenangan yang telah mereka cipta bersama. Antaranya, Hanan & Nizam sering meluangkan masa bersama di Tasik Titiwangsa setiap hujung minggu. Hanan gemar mencantum replika yang diperbuat daripada kayu. Turut dibantu oleh Nizam. Setelah siap mencantumkan kepingan-kepingan replika tersebut, mereka akan menulis beberapa ayat khas untuk orang yang tersayang.
Semasa di universiti, Nizam leka dengan alam percintaannya. Zairul, merupakan sahabat Nizam yang paling rapat. Zairul seorang lelaki yang agak tinggi, berkulit hitam manis & seorang yang memakai kaca mata sering menegur Nizam agar tidak terlalu leka dalam bercinta. Tetapi nasihat yang diberikan Zairul hanyalah sia-sia. Bagai mencurah air ke daun keladi.
3 tahun kemudian
Setelah menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya, Hanan yang telah lulus dengan cemerlang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Walaupun berat bagi Nizam merelakan pemergiaanya, hendak tak hendak, Nizam terpaksa merelakan pemergian Hanan. Kini, Hanan hampir mencapai cita-citanya ingin menjadi seorang dokter pakar sakit puan. Nizam & Zairul juga sama-sama telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Kini Nizam & Zairul telah bekerja di sebuah syarikat yang sama. Sebelum Hanan berangkat ke luar negara, Nizam telah berjanji pada Hanan & dirinya bahawa dia akan setia menanti & ingin menjadikan Hanan yang halal untuknya sebaik sahaja Hanan pulang ke Malaysia.
Dalam masa yang sama, Puan Zulaikha, ibu kepada Nizam telah berkenan dengan Dayana, yang merupakan anak kepada ustaz tempat beliau belajar mengaji. Puan Zulaikha pernah menceritakan kepada Nizam mengenai Dayana. Dayana seorang gadis berkelulusan tinggi, yang pernah melanjutkan pelajaran di Mesir, seorang yang menjaga auratnya, gadis yang sopan santun, menghormati ibu bapa & juga pandai memasak. Puan Zulaikha juga telah menasihati Nizam supaya mencari seseorang yang sedap mata memandang. Cantik orangnya, elok budinya, baik keturunannya & juga islam agamanya. Setelah mendengar kata-kata ibunya, Nizam hanya terdiam membisu. Dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh ibunya itu.
Selama setahun di negara orang, kini Hanan pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan kekasih hatinya bagi membincangkan tentang tarikh perkahwinannya. Setibanya di Malaysia, Nizam berkelakuan pelik. Sering marah-marah . Hanan faham sangat dengan perangai Nizam yang cemburu tak tentu pasal tu. Sebenarnya, Nizam berat hati untuk melepaskan Hanan pergi menyambung belajar kerana Hanan pergi bersama-sama sahabat baiknya iaitu Halim. Halim merupakan sahabat Hanan dari kecil. Hanya disebabkan cemburu buta dari sebelah pihak, siapa sangka hubungan yang telah lama dibina kini putus begitu sahaja. Nizam tidak lagi dapat menahan api cemburunya & terus melemparkan tuduhan yang membuta tuli kepada Hanan. Nizam nekad untuk memutuskan hubungannya itu. Bukan itu sahaja, Nizam juga telah memburuk-burukkan perwatakan Hanan hanya kerana Hanan bukanlah seorang gadis yang bertudung. Kejam kan lelaki ni??erghh!
Sejak dari itu, mereka terpisah. Membuat haluan masing-masing. Pada waktu itu, kemarahan Hanan tidak dapat ditahan lagi. Sewenang-wenangnye Nizam menuduhnya yang bukan-bukan. Hanan telah mencabar Nizam supaya mencari seorang gadis yang muslimah sebagaimana kehendak ibunya & juga mencabar Nizam supaya mengahwini gadis tersebut. Hanan juga berkata bahawa beliau ingin melihat sejauh manakah hubungan Nizam bersama gadis muslimah yang bakal dikahwin Nizam. Kata-kata terakhir Hanan pada Nizam ialah..'' kita jumpa lagi selepas 5 tahun !"
Tanpa disedari, setitik air jernih jatuh ke pipi Hanan. Dia rasa sangat tertekan. Hanan bertindak untuk memulangkan cincin pemberian Nizam, tetapi ditolak mentah-mentah. Hanan tidak sanggup untuk membuang cincin tersebut begitu sahaja. Apa yang mampu dilakukan olehnya kini, hanyalah menyimpan cincin tersebut sebagai kenangan. Tanda cinta antara dia & Nizam. Hanan teruskan usahanya untuk menjadi seorang doktar pakar sakit puan & berniat untuk melupakan segala kenangan manis & pahitnya bersama Nizam. .."mungkin dia bukan jodoh aku.."
Kini Hanan hanya mampu berdoa & hanya memerlukan sedikit masa sahaja. Apakah yang berlaku selepas 5 tahun? Adakah mereka bertemu kembali? Adakah Nizam menyahut cabaran Hanan dengan berkahwin dengan wanita muslimah? Siapakah wanita muslimah yang akan berkahwin dengan Nizam? Apakah yang akan terjadi dengan cinta mereka? Ingin ketahui dengan lebih lanjut..sila tunggu sambungan akan datang...:) hehe