Saturday 5 October 2013

Tulisanku : Cinta Dari Syurga

Cinta Dari Syurga...

        Nizam dan Hanan merupakan pasangan yang sangat dikenali semasa di universiti. Mereka cukup dikenali oleh setiap pelajar mahupun pensyarah yang berada di universiti tersebut. Mereka berdua merupakan pasangan yang saling mencintai. Bagi Nizam, tiada wanita lain yang dapat menggantikan tempat Hanan di dalam lubuk hatinya. Hanya nama Hanan seorang sahaja yang telah tertulis di hatinya kini. Nizam begitu yakin bahawa Hanan lah jodoh yang telah tertulis untuknya. Rupa Hanan yang sangat cantik, pandai bergaya, mempunyai rambut hitam yang ikal mayang, berwajah manis serta berkulit gebu & bersifat lemah lembut pasti akan membuatkan semua hati terpikat padanya. Mereka telah bersama selama 3 tahun. Di dalam tempoh 3 tahun itu, telah banyak kenangan yang telah mereka cipta bersama. Antaranya, Hanan & Nizam sering meluangkan masa bersama di Tasik Titiwangsa setiap hujung minggu. Hanan gemar mencantum replika yang diperbuat daripada kayu. Turut dibantu oleh Nizam. Setelah siap mencantumkan kepingan-kepingan replika tersebut, mereka akan menulis beberapa ayat khas untuk orang yang tersayang.
           Semasa di universiti, Nizam leka dengan alam percintaannya. Zairul, merupakan sahabat Nizam yang paling rapat. Zairul seorang lelaki yang agak tinggi, berkulit hitam manis & seorang yang memakai kaca mata sering menegur Nizam agar tidak terlalu leka dalam bercinta. Tetapi nasihat yang diberikan Zairul hanyalah sia-sia. Bagai mencurah air ke daun keladi. 
3 tahun kemudian
         Setelah menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya, Hanan yang telah lulus dengan cemerlang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Walaupun berat bagi Nizam merelakan pemergiaanya, hendak tak hendak, Nizam terpaksa merelakan pemergian Hanan. Kini, Hanan hampir mencapai cita-citanya ingin menjadi seorang dokter pakar sakit puan. Nizam & Zairul juga sama-sama telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Kini Nizam & Zairul telah bekerja di sebuah syarikat yang sama. Sebelum Hanan berangkat ke luar negara, Nizam telah berjanji pada Hanan & dirinya bahawa dia akan setia menanti & ingin menjadikan Hanan yang halal untuknya sebaik sahaja Hanan pulang ke Malaysia.
         Dalam masa yang sama, Puan Zulaikha, ibu kepada Nizam telah berkenan dengan Dayana, yang merupakan anak kepada ustaz tempat beliau belajar mengaji. Puan Zulaikha pernah menceritakan kepada Nizam mengenai Dayana. Dayana seorang gadis berkelulusan tinggi, yang pernah melanjutkan pelajaran di Mesir, seorang yang menjaga auratnya, gadis yang sopan santun, menghormati ibu bapa & juga pandai memasak. Puan Zulaikha juga telah menasihati Nizam supaya mencari seseorang yang sedap mata memandang. Cantik orangnya, elok budinya, baik keturunannya & juga islam agamanya. Setelah mendengar kata-kata ibunya, Nizam hanya terdiam membisu. Dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh ibunya itu.
           Selama setahun di negara orang, kini Hanan pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan kekasih hatinya bagi membincangkan tentang tarikh perkahwinannya. Setibanya di Malaysia, Nizam berkelakuan pelik. Sering marah-marah . Hanan faham sangat dengan perangai Nizam yang cemburu tak tentu pasal tu. Sebenarnya, Nizam berat hati untuk melepaskan Hanan pergi menyambung belajar kerana Hanan pergi bersama-sama sahabat baiknya iaitu Halim. Halim merupakan sahabat Hanan dari kecil. Hanya disebabkan cemburu buta dari sebelah pihak, siapa sangka hubungan yang telah lama dibina kini putus begitu sahaja. Nizam tidak lagi dapat menahan api cemburunya & terus melemparkan tuduhan yang membuta tuli kepada Hanan. Nizam nekad untuk memutuskan hubungannya itu. Bukan itu sahaja, Nizam juga telah memburuk-burukkan perwatakan Hanan hanya kerana Hanan bukanlah seorang gadis yang bertudung. Kejam kan lelaki ni??erghh! 
             Sejak dari itu, mereka terpisah. Membuat haluan masing-masing. Pada waktu itu, kemarahan Hanan tidak dapat ditahan lagi. Sewenang-wenangnye Nizam menuduhnya yang bukan-bukan. Hanan telah mencabar Nizam supaya mencari seorang gadis yang muslimah sebagaimana kehendak ibunya & juga mencabar Nizam supaya mengahwini gadis tersebut. Hanan juga berkata bahawa beliau ingin melihat sejauh manakah hubungan Nizam bersama gadis muslimah yang bakal dikahwin Nizam. Kata-kata terakhir Hanan pada Nizam ialah..'' kita jumpa lagi selepas 5 tahun !"
            Tanpa disedari, setitik air jernih jatuh ke pipi Hanan. Dia rasa sangat tertekan. Hanan bertindak untuk memulangkan cincin pemberian Nizam, tetapi ditolak mentah-mentah. Hanan tidak sanggup untuk membuang cincin tersebut begitu sahaja. Apa yang mampu dilakukan olehnya kini, hanyalah menyimpan cincin tersebut sebagai kenangan. Tanda cinta antara dia & Nizam. Hanan teruskan usahanya untuk menjadi seorang doktar pakar sakit puan & berniat untuk melupakan segala kenangan manis & pahitnya bersama Nizam. .."mungkin dia bukan jodoh aku.." 
             Kini Hanan hanya mampu berdoa & hanya memerlukan sedikit masa sahaja. Apakah yang berlaku selepas 5 tahun? Adakah mereka bertemu kembali? Adakah Nizam menyahut cabaran Hanan dengan berkahwin dengan wanita muslimah? Siapakah wanita muslimah yang akan berkahwin dengan Nizam? Apakah yang akan terjadi dengan cinta mereka? Ingin ketahui dengan lebih lanjut..sila tunggu sambungan akan datang...:) hehe
















Sunday 22 September 2013

Malunye!!!

Salam..

Hari ni tetibe pulak mama ajak gi larian bakti..uuu~ramainye manusia..macam macam manusia ade..awek pun comey-comey..huhu..firstly kene gi daftar dulu di kaunter pendaftaran..kami penduduk jalan _ dah ada orang yang uruskan..so senanglah sikit..:) emm mule2 dapat t-shirt..so semue seragam..kaler biru cair..lepas tukar baju..semue pegi senamrobik..uuu banyaknye abam-abam..hahax kalau ade sara mesti best ni..:p lepas senamrobik acara pun dimulakan dengan bacaan doa..tengah syok-syok berlari..tetibe rase macam nak tengok gambar kat t-shirt yang saya pakai ni..sekali nengok!!
  
Gades sederhana : Eah,tin..asal gambar depan t-shirt aku ni lain??nape tak same ngan ko?

 Adik : Weh..kau pakai baju terbalik lah weh..(buat muke macam tak de pape yang berlaku)

Gades sederhana : Hah?series??a'ah lah weh!!ya Allah buat bengang je...''dah lah ramai _ ni..agak-agak dye orang perasan tak eak aku pakai baju terbalik..tak perasan kot..err.."(dalam hati)

Nak tak nak saya terpaksa meneruskan acara larian yang macam tak lari 2 dengan pakai t-shirt yang terbalik..huhh!rase mcm takde orang yang nampak..sebab tak de orang tegur..ke dye memang tak mau tegur?sebab takut saye malu k..kan?hahax..dalam hati memang dah gelak guling-guling arh..sepanjang larian 2 buat muke toye je..err..camne lah leh pakai baju terbalik eak..tadi kat toilet excited sangat kot..amik baju main sarung je..tak tengok pun baju yang sarung 2 depan ke..belakang ke..hahax..tamat je larian 2..saye terus bergegas ke toilet..huh..lega sikit dapat betulkan kedudukan t-shirt tadi..haha

Pas lari ade pancaragam..ade live band..ade student Pis..mase tengah jalan-jalan 2..ter'eye' contact pulak kat senior Pis ni..dye jual-jual kat situ..hahax he has a quite eyes..really annoying!hahax dah ade awek kot..x payah nak nengok sangat la..k saye yang perasan?huhu Gades sederhana ade pesanan sikit for the 'quiet eyes'

Don't give another girl more attention than your girlfriend.

Wassalam..

Tuesday 27 August 2013

Melangkah ke dunia baharu :)

Assalamualaikum..

Dah berapa lama gades sederhana tak curhat..buzy lah katekan...habis spm terus sambung stpm..act rse sedih jugak bile nengok kawan2 semua dapat masuk u..matrik..ade yang dah dapat ijazah dah tau..pandainye..jeles ni jeles..hmm Alhamdulillah gades sederhana dapat jugak tawaran sambung belajar..walaupun setakat di poli sahaja..terima kasih yaAllah..:') mcm2 rse skang ni..mula2 macam berat nak tinggalkan stpm..ade pihak kata..lepas stpm terus je amek degree..tapi SEKURANG-KURANGNYA dapat pointer 3.6 & ke atas..kalau x lepas..jgn harap la dapat sambung u..silap2 ambik diploma lagi 3 tahun..
Ramai juga yang berpendapat supaya kami menerima tawaran ke politeknik..dengan hati terbuka..saya terima :) hehe..k lah..ta tau na cerita ape lagi..doakan saya berjaya dunia akhirat ye..;)

Wassalam..

Thursday 18 April 2013

Gangguan Emosi !

Salam..dah lame tak curhat ni..huhu,,semenjak dua menjak ni asik nak emo jewk..saye pun tak tau knp wak..hmm..nak curhat boleh??kadang2 ape yang kita rancang tak berjalan dengan lancar..mungkin ade hikmah di sebalik semua tu..Allah lebih mengetahui segala yang terbaik buat hambanya right?so..kita hanya mampu sabar & terus melebarkan senyuman..walaupun senyum 2 senyum palsu..o.O boleh ke macam tu?huhu..
Kadangkala..
Janji yang dilafaskan sukar untuk dihasilkan..

Se elok2nya..tak yah la berjanji bagai..sebeb kita tak tahu apa yang akan terjadi akan datang,,mungkin dengan janji yang telah kita ungkapkan akan melukakan hati seseorang..kan?tapi..yang jahatnye perasaan cemburu tak bertempat..tak salah untuk kita cemburu..tapi jgn over sgt..kn :') hmm...& jangan sesuke hati kamu memainkan perasaan wanita k..sehodoh mane seseorang perempuan tu..mereka mempunyai perasaan masing2,,ingat..kita buat oarng hari ni..Allah akan membalasnye dikemudian hari..k la..saje je nak membebel..:) Wassalam..