Friday, 18 November 2011

*Kasih Yang Tidak Kesampaian*

         Emilya,gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sangat penyayang dan sering mengambil tahu tentang Lia iaitu nama manjanya.Mengenali Hariz menjadi titik permulaan hubungannya untuk mengenali insan yang bernama lelaki.Ibu bapa mana yang ingin melihat anaknya derita,sengsara dan dibelenggu kemiskinan?Ramai pihak menyatakan tanpa kewangan yang kukuh,bagaimana kita bersama pasangan ingin mencorakkan kehidupan di luar bandar.Tetapi bagi Lia,sudah memadai jika insan yang bernama lelaki itu mempunyai pekerjaan yang tetap,berbudi bahasa dan menghormati orang tua.Rupa yang kacak dan hebat dalam menggayakan pakaian,itu hanya lah bonus bagi Lia.
         Namun,sesuatu yang tidak diduga telah merenggut perasaan kasih dan sayang Lia terhadap Hariz.Perkenalan mereka telah ditentang oleh keluarga Lia.Hariz yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan dalam percintaan ini.Keluarga Lia memaksa Lia untuk menamatkan hubungannya bersama Hariz.Apakan daya,demi menjaga hati kedua ibu bapanya,Lia akur dengan kehendak kedua ibu bapanya walaupun rasa di hati perit tidak terhingga.
         Dia meneruskan kehidupannya seperti biasa.Hidup bagai tiada makna baginya.Haris lah yang telah menyerikan hidupnya.Tanpa Hariz,Lia tidak akan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya dan erti tanggungjawab seorang anak terhadap keluarga.Disebabkan taraf,ibu Hariz juga pernah melarang mereka meneruskan hubungan.Katanya Lia dan Hariz bagai langit dan bumi.Bagi Lia pula,tidak semua insan yang cemerlang akan hidup bahagia dan tidak semua insan yang gagal akan terjerumus dalam lembah yang gelap.Cinta,sayang dan rindu Lia hanya untuk Hariz,walaupun mereka sudah tidak berhubung dan bertemu.
Hariz tetap bertakhta di hati Lia walaupun Hariz menetap jauh dari Lia.
        Hati yang degil dan keras langsung tidak memberi peluang pada Lia untuk mengenali hati lelaki lain.Bagi Lia,Hariz adalah segala-galanya walaupun mereka tiada hubungan yang istimewa.Hari kian berlalu,Lia tetap menunggu Hariz datang padanya dan meminta hubungan mereka di teruskan seperti dulu.Tetapi harapan menjadi harapan.Mungkin Hariz sedang bahagia bersama Mira iaitu kekasih lama Hariz.Kenangan percintaan selama 3 tahun bersama Hariz tidak mudah untuk dihapuskan bergitu sahaja.Lia merupakan gadis yang setia dan penyayang.
        Kehadiran Mira dalam hidup Hariz membuatkan Lia berasa sangat tertekan.Amira iaitu Mira,kekasih lama Hariz muncul dalam hidup Hariz semasa hubungannya bersama Lia dalam keadaan yang tidak stabil.Lia mula resah kalau-kalau Hariz menyambung hubungan bersama Mira semula.Kecantikan dan kesopanan Mira pasti membuatkan hati seorang lelaki menjadi cair.Tidak mustahil jika Hariz jatuh cinta untuk kali ke dua terhadap Mira.Lia sangat setia terhadap Hariz walaupun hubungan mereka terputus begitu sahaja.
        Lia belajar menerima kenyataan.Redha dan sabar adalah penenang jiwa baginya.Apa khabar agaknya si Hariz.Mungkin si dia bahagia bersama Mira di sana.Lia tiada harapan untuk bersama Hariz lagi.Bagi Lia,mungkin benar kata Datuk Fadhilah Kamsah,'Jodoh kita berdekatan dengan kita'.Apakan daya,walaupun sayang dan cinta Lia untuk Hariz,Lia tetap tabahkan hati untuk terus dan terus melupakan Hariz.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Lia berserah dengan takdir.Nama Hariz tetap terbuku di hatinya sampai bila-bila.Hariz,kenangan cinta indah kita bersama tidak akan ku lupakan.Kau tetap menjadi penghuni di hatiku yang sepi ini hingga akhir hayat ku,walaupun kasih kita tidak kesampaian.Sekian.

Nukilan;
Gades Sederhana

   

No comments:

Post a Comment